
UPM SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan Program Bridging FBMK dan SPE di China, sebuah inisiatif yang akan membuka peluang baharu kepada pelajar antarabangsa, khususnya dari China, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Bacelor di UPM!
Dirasmikan oleh Prof. Dr. Ismi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, program ini bertujuan menyediakan pelajar dengan asas akademik dan linguistik yang kukuh sebelum memulakan pengajian mereka di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) serta Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).
“Program Asas Penyambungan ini menunjukkan komitmen UPM dalam menawarkan pendidikan berkualiti kepada pelajar antarabangsa, sambil mempersiapkan mereka untuk cemerlang di peringkat global. Kami yakin program ini akan menjadi jambatan untuk menghubungkan lebih ramai pelajar dari China ke Malaysia, dan melahirkan graduan yang berdaya saing,” – Prof. Dr. Ismi Ismail
Mengapa pilih program ini?
✔️ Certified Intensive English Programme (CIEP) oleh ELS yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE).
✔️ Bebas daripada keperluan ujian standard seperti IELTS, TOEFL atau PTE!
✔️ Peralihan yang lancar ke program Bacelor di UPM.
Dengan kerjasama institusi pendidikan di China, program ini bakal menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan memperkukuh kedudukan UPM sebagai hab pendidikan bertaraf dunia!


Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia