The Multilingual Mind Summer School 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » The Multilingual Mind Summer School 2024

The Multilingual Mind Summer School 2024

UPM SERDANG – The Multilingual Mind Summer School 2024, anjuran Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya menghimpunkan para sarjana, pendidik, dan pelajar untuk mendalami tema “Research on Bilingualism and Multilingualism: Issues, Trends, and Opportunities”. Program dua hari ini berlangsung pada 14 dan 15 Ogos 2024 di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Para peserta telah mengikuti sesi pembentangan yang meliputi topik-topik penting dalam bidang dwibahasa dan pelbagai bahasa, termasuk peralihan kod, translanguaging, dan aspek kognitif dalam dwibahasa. Pada hari pertama, perbincangan tertumpu kepada peralihan kod, translanguaging dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, serta bengkel praktikal menggunakan alat PsychoPy dan LexMal bagi penyelidikan psikolinguistik.

Hari kedua pula mengetengahkan pelbagai aspek dalam translanguaging, kesan dwibahasa terhadap fungsi eksekutif, dan peranan literasi digital dalam pendidikan pelbagai bahasa. Sesi ini membolehkan peserta mendalami kesan dan potensi dwibahasa dalam konteks yang semakin global dan pelbagai bahasa.

Pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada para penceramah dan tetamu jemputan yang telah memberi sumbangan berharga kepada kejayaan program ini. Para peserta pulang dengan ilmu baru, rangkaian hubungan akademik yang lebih luas, serta pemahaman yang mendalam mengenai bidang dwibahasa dan kepelbagaian bahasa yang semakin dinamik.

Tarikh Input: 14/11/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (03:27:50pm-03:32:50pm, 22 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]