The Inaugural Strategic Communication For A Sustainable Future Colloquium 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » The Inaugural Strategic Communication For A Sustainable Future Colloquium 2024

The Inaugural Strategic Communication For A Sustainable Future Colloquium 2024

UPM SERDANG - Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan 'The Inaugural Strategic Communication For A Sustainable Future Colloquium 2024' pada 14 November 2024 dengan tajaan Affin Bank Berhad, membentangkan pelbagai isu komunikasi strategik semasa yang signifikan.


Kolokium ini dirasmikan oleh Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim dan diteruskan dengan penyampaian Ucaptama oleh Tn. Syed Mohammed Idid, Pengurus Besar Komunikasi Strategik & Keterlibatan Pemegangtaruh, WCE Holdings Berhad.


Sebuah forum yang membariskan tiga panelis berpengalaman luas: Cik Daisy Sidhu (Grab Malaysia), En. Abdul Latiff Puteh (Institute of Public Relations Malaysia), dan En. Eizaz Azhar (Asian Strategy & Leadership Institute) turut ditampilkan.


Pada sesi petang, satu Kajian Kes Korporat pula dibentangkan oleh Encik Risham Akashah Kamaruzaman (Ketua Pegawai Operasi, Affin Bank Berhad) kepada peserta kolokium ini.


Lebih 70 poster kajian akademik (hasil penyelidikan ratusan peserta) turut dipaparkan di pelbagai lokasi strategik. Kolokium yang bertempat di Menara Affin@TRX ini bertujuan menggandingkan dapatan kajian akademik bersama pengalaman pihak industri, demi mencapai kelestarian masa depan secara bersama.


Penganjuran program ini terhasil melalui penasihatan Ketua Jabatan Komunikasi, FBMK, Dr. Julia Wirza Mohd Zawawi, dengan kerjasama erat daripada seluruh ahli Jabatan yang diketuai Pengarah Program, Dr. Jen Sern Tham.

May be an image of 12 people and suit

May be an image of one or more people and crowd

Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (08:45:29pm-08:50:29pm, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]