Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya

Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya

UPM SERDANG – Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada Dr. Kavenia Kunasegran atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK),UPM.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam setiap peranan yang dijalankan. Sumbangan Dr. Kavenia dalam pengajaran, penyelidikan, serta pembangunan jabatan telah memberikan impak yang besar kepada FBMK dan UPM secara keseluruhan.

Pihak pengurusan dan seluruh warga FBMK mendoakan agar Dr. Kavenia terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan.

Tarikh Input: 02/12/2024 | Kemaskini: 02/12/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (10:24:38pm-10:29:38pm, 20 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]