

UPM SERDANG – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Shahasliza Abdul Rahman dan Cik Nursyahirah Aina Mohd Kher atas segala sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di fakulti ini.
Puan Shahasliza dan Cik Nursyahirah telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan fakulti melalui dedikasi serta komitmen mereka. Kerja keras dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang telah memberikan impak positif yang besar kepada FBMK dan seluruh komuniti UPM.
Pihak pengurusan dan semua warga FBMK mendoakan agar Puan Shahasliza dan Cik Nursyahirah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kejayaan di tempat baharu. Semoga terus maju jaya dalam segala usaha dan cabaran yang akan datang.
Sekali lagi, terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Selamat maju jaya di masa hadapan!
Tarikh Input: 02/12/2024 | Kemaskini: 02/12/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia