Tempat Ketiga Dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Tempat Ketiga dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2024

Tempat Ketiga dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2024

UPM SERDANG - Tahniah diucapkan kepada saudari Nur Najwa Nabila Romli, pelajar Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2024.

Beliau telah menghasilkan esei bertajuk "Interaksi Budaya Dalam Antalogi Cerpen 'Jika Esok Tiba' Karya Anwar Ridhwan: Perspektif Sosiologi Alan Swingewood", yang mendapat pengiktirafan dalam program tersebut.

Program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini telah berlangsung pada 13 Ogos hingga 15 Ogos 2024 di Pusat Latihan LKIM, Bagan Lalang, Sepang, Selangor, dan disertai oleh pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.

Seluruh warga FBMK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan ini!

Tarikh Input: 24/12/2024 | Kemaskini: 24/12/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (11:07:28pm-11:12:28pm, 17 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]