Taklimat Latihan Industri Dan Sesi Perkongsian Industri | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Taklimat Latihan Industri dan Sesi Perkongsian Industri

Taklimat Latihan Industri dan Sesi Perkongsian Industri

UPM SERDANG, 10 Januari 2025 – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menganjurkan sesi Taklimat Latihan Industri dan Perkongsian Industri bertempat di Auditorium Za’ba, FBMK, UPM pada 8 Januari 2025. Sesi ini dimulakan dengan taklimat Latihan Industri oleh Dr. Mohammad Noor Salehhuddin Sharipudin, yang memberi penerangan menyeluruh mengenai persiapan dan pelaksanaan latihan industri, termasuk aspek penilaian dan jangkaan industri.

Sesi ini kemudian diteruskan dengan perkongsian industri yang menampilkan Puan Rose Hazeline, Group Corporate Communication Manager KMI Healthcare, sebagai penceramah jemputan. Beliau berkongsi pengalaman dan pandangan profesional mengenai keperluan industri masa kini, selain memberi panduan berguna kepada pelajar untuk menonjolkan potensi diri semasa menjalani latihan industri.

Sesi taklimat dan perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti dunia pekerjaan serta membantu mereka membuat persiapan secara efektif dan cemerlang bagi menghadapi latihan industri. Diharapkan pelaksanaan taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang cabaran dunia pekerjaan sebenar, seterusnya mempersiapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang relevan.

Pelaksanaan program seperti ini mencerminkan komitmen FBMK dalam memastikan graduan UPM terus cemerlang dan kompetitif di peringkat industri.

 

Tarikh Input: 10/01/2025 | Kemaskini: 10/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (08:44:02am-08:49:02am, 03 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]