Taklimat Latihan Industri 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Taklimat Latihan Industri 2024

Taklimat Latihan Industri 2024

UPM SERDANG, 21 MEI 2024 - Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar) telah menganjurkan Taklimat Latihan Industri yang diadakan di Dewan Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Taklimat ini dikhususkan untuk pelajar tahun akhir bagi Semester Pertama 2024/2025.

Sesi perkongsian yang diberikan oleh Dr. Tham Jen Sern, Penyelaras Latihan Industri FBMK, telah memberikan pelbagai input yang penting dan perlu diberikan perhatian oleh para pelajar yang akan menjalani Latihan Industri. Dr. Tham menekankan aspek-aspek kritikal yang perlu diambil kira oleh pelajar, termasuk persediaan awal, etika kerja, dan cara memanfaatkan pengalaman industri untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Taklimat ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang proses semasa menjalani Latihan Industri. Taklimat ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai sebarang kekeliruan yang mungkin mereka hadapi.

Dengan adanya taklimat ini, diharapkan para pelajar akan lebih bersedia dan mampu menjalani Latihan Industri dengan lebih yakin dan berkesan, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian.

Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 21/05/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
S, (12:11:00pm-12:16:00pm, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]