Taklimat Ergonomik Di Tempat Kerja | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Taklimat Ergonomik di Tempat Kerja

Taklimat Ergonomik di Tempat Kerja

UPM SERDANG, 29 April 2026 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Taklimat Ergonomik di Tempat Kerja secara dalam talian melalui platform Zoom pada 28 April 2026.

Penganjuran program ini adalah selaras dengan keperluan semasa yang menyaksikan perubahan landskap tempat kerja yang semakin fleksibel, merangkumi persekitaran kerja di pejabat, di rumah mahupun lokasi lain. Justeru, taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta pemahaman warga universiti terhadap kepentingan ergonomik dalam menyokong kesejahteraan fizikal dan mental, di samping mengekalkan tahap produktiviti kerja yang optimum.

Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ng Yee Guan, Pensyarah Kanan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, yang berkongsi pengetahuan serta panduan praktikal berkaitan amalan ergonomik yang betul dalam rutin kerja harian.

Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 300 warga UPM, mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memupuk budaya kerja sihat dan persekitaran kerja yang kondusif dalam kalangan warganya.

Secara keseluruhannya, penganjuran taklimat ini diharap dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ergonomik serta menyumbang kepada kesejahteraan dan keberkesanan kerja dalam kalangan warga UPM.

 

Tarikh Input: 29/04/2026 | Kemaskini: 29/04/2026 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
S, (05:32:59am-05:37:59am, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]