
UPM SERDANG – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, dengan bangga mengucapkan tahniah kepada dua pelajar Bacelor Komunikasi dengan Kepujian, Khairunnisa Ayuni binti Mohd Sharuddin dan Muhammad Fahmi bin Khalid, atas kejayaan mereka terpilih untuk mewakili Kelab Hoki Uddingston dalam Scotland Hockey League 2024.
Pertandingan yang akan berlangsung dari 14 September hingga 15 November 2024 ini menjadi platform bagi kedua-dua pelajar untuk membawa nama UPM dan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Penyertaan mereka dalam liga tersebut mencerminkan semangat, keazaman, dan bakat yang dimiliki oleh pelajar-pelajar UPM dalam sukan hoki.
Kami menyeru seluruh warga fakulti dan universiti untuk memberikan sokongan padu kepada Khairunnisa Ayuni dan Muhammad Fahmi sepanjang perjalanan mereka. Semoga mereka terus berjaya dan mengharumkan nama UPM serta negara di persada dunia.
Ikhlas daripada,
Ahli Pengurusan dan Warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Tarikh Input: 02/12/2024 | Kemaskini: 02/12/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia