Sesi Temu Duga Program Sastera Bahasa Cina Dengan Kepujian Semester 1 2025/2026 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Sesi Temu Duga Program Sastera Bahasa Cina Dengan Kepujian Semester 1 2025/2026

Sesi Temu Duga Program Sastera Bahasa Cina Dengan Kepujian Semester 1 2025/2026

UPM SERDANG, 23 JUN 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah melangsungkan Sesi Temu Duga Program Sastera Bahasa Cina Dengan Kepujian bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2025/2026 pada 21 Jun 2025 bertempat di Sanggar Bahasa dan Komunikasi, Blok C, FBMK, UPM.

Sesi temuduga ini menerima kehadiran ramai calon dari pelbagai latar belakang dan negeri yang hadir dengan penuh semangat serta keyakinan untuk merebut peluang melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Cina di FBMK. Kemeriahan suasana turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang setia menemani serta memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka, sekali gus memperlihatkan komitmen dan harapan tinggi terhadap masa depan pendidikan generasi muda.

Temu duga yang dijalankan secara bersemuka ini melibatkan penilaian menyeluruh terhadap potensi calon dari aspek akademik, komunikasi serta minat terhadap bidang bahasa dan sastera. 

FBMK merakamkan penghargaan atas penyertaan semua calon serta kehadiran ibu bapa yang turut menjayakan sesi ini. Semoga para calon yang di temuduga berjaya mendapat tempat dalam program ini dan seterusnya menjadi sebahagian daripada komuniti FBMK yang aktif, berwibawa serta berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tarikh Input: 23/06/2025 | Kemaskini: 23/06/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (02:07:42am-02:12:42am, 19 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]