Sesi Pertama Bengkel Penghasilan Pantun Yang Bertajuk : DALAM MUZIUM ADA PANTUN? | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Sesi Pertama Bengkel Penghasilan Pantun Yang Bertajuk : DALAM MUZIUM ADA PANTUN?

Sesi Pertama Bengkel Penghasilan Pantun Yang Bertajuk : DALAM MUZIUM ADA PANTUN?

03 Ogos 2023 - Pada sesi pertama bengkel penghasilan pantun yang bertajuk : DALAM MUZIUM ADA PANTUN? para peserta diberikan taklimat tentang teknik penulisan pantun. Bengkel yang dikendalikan oleh Dr Shahril Nizam Sha'ri (Pensyarah Kanan) Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini dihadiri oleh 20 orang pelajar daripada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Kebangsaan Serdang.
 
Bengkel ini diadakan di Wisata Minda, Sanggar Bahasa Blok C, FBMK pada 02 Ogos 2023 bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Para pelajar dan peserta yang mengikuti bengkel penghasilan pantun ini memberikan komitmen yang baik serta fokus dengan ilmu yang disampaikan oleh Dr Shahril. Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada para peserta.
 
  
  
  
  
 

Tarikh Input: 07/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
WXEeTA4~