
UPM SERDANG - Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah mengadakan satu sesi perbincangan, Industrial Training Partnership Program, yang bertempat di Bilik Seri Amar pada 9 Disember 2024, sebagai usaha untuk membincangkan halatuju penempatan kerjaya pelajar Bacelor Tahun Akhir yang bakal menjalani latihan industri.
Sesi perbincangan ini turut memberi peluang kepada pihak fakulti untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai industri yang berkaitan, seperti Malaysia Airlines Group (MAG), Intermark Resources, Woodpeckers Group, Bayo Credix, FIXI, Marrybrown, Chef Wan Restaurants, Paris Baguette, Plaza Premium, dan Coolblog. Kehadiran wakil industri dan panel profesional telah menyemarakkan sesi perbincangan dan memperluas rangkaian kerjasama.
Prof. Madya Dr. Arbaayah Ali Termizi dan Prof. Adjung Chua Kok Yee telah mempengerusikan sesi perbincangan ini. Prof. Madya Dr Zalina Mohd Kasim (Timbalan Dekan Siswazah dan Antarabangsa), Dr. Florence Toh Haw Ching, Dr. Lee Geok Imm, Dr. Hasyimah Mohd Amin, Dr. Fatin Nabila Abd Razak dan Encik Rohimmi Noor turut hadir dalam sesi perbincangan ini.
Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan hubungan fakulti dengan industri dan memberi manfaat kepada pelajar dalam persediaan menghadapi alam pekerjaan.


Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia