
UPM SERDANG – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, telah menganjurkan sesi perbincangan dengan SMBC SSC Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Sumitomo Mitsui Banking Corporation (‘SMBC’), bertempat di Bilik ISO, FBMK.
Sesi ini dihadiri oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, bersama ahli pengurusan lain, serta delegasi SMBC SSC Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Daryl Ng. Perbincangan ini bertujuan untuk meneroka peluang kolaborasi strategik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang bahasa, budaya, dan komunikasi.
Sebagai sebahagian daripada sesi ini, delegasi SMBC SSC Sdn. Bhd. turut diberi peluang mendalami warisan budaya Melayu melalui lawatan eksklusif di sekitar kawasan halaman rumah Tradisional Melayu di kampus FBMK. Aktiviti ini dirancang untuk memperkenalkan dan memperkukuh pemahaman tentang elemen budaya tempatan, selaras dengan semangat kerjasama antarabangsa.
Inisiatif ini menandakan langkah pertama ke arah hubungan strategik yang lebih kukuh antara UPM dan SMBC SSC Sdn. Bhd., dengan harapan dapat menjalin kerjasama yang memanfaatkan bidang pendidikan, budaya, dan korporat.


Tarikh Input: 03/12/2024 | Kemaskini: 03/12/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia