Seminar Sejarah Mata Wang Dan Hubung Kait Dengan Budaya | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Seminar Sejarah Mata Wang dan Hubung Kait dengan Budaya

Seminar Sejarah Mata Wang dan Hubung Kait dengan Budaya

UPM SERDANG - Pada 31 Julai 2024, telah berlangsungnya seminar bertajuk "Sejarah Mata Wang dan Hubung Kait Dengan Budaya" yang disampaikan oleh dua penceramah berpengalaman iaitu Dato' Shamsuddin Mohd Muhayidin, Profesor Adjung Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, dan Encik Mohd Fakrullah Jamlus, Penolong Kurator Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.

Seminar ini berjaya menarik penyertaan seramai 80 orang peserta yang mengambil peluang untuk mendalami peranan sejarah mata wang dalam membentuk budaya masyarakat.

Program ini dianjurkan oleh Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, bertempat di Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

FBMK merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan turut menjayakan seminar ini.

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (01:49:42pm-01:54:42pm, 13 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]