
UPM SERDANG - Pada 26 November 2024, Seminar Antarabangsa Prasiswazah 2024 (SAPSIS) anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Universitas Brawijaya, Jawa Timur, Indonesia telah diadakan secara dalam talian. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dekan Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim dan dipengerusikan oleh Dr. Muhammad Faizul Abdul Hamid.
Tema SAPSIS “Pengimarahan Berilmu-Berbakti Merentas Multidisiplin Malaysia-Indonesia” kali ini mencerminkan aspirasi kedua-dua universiti untuk mengharmonikan kepelbagaian disiplin ilmu yang wujud berdasarkan latar akademik kedua-dua negara.
Seminar berfokuskan perkongsian para pelajar tentang hasil penyelidikan Disertasi Bacelor iaitu projek ilmiah tahun akhir. Bidang kajian yang dibentangkan dalam seminar terdiri daripada bahasa, sastera, sejarah dan budaya.
Seminar diakhiri dengan ucapan YBhg. Prof. Madya Dr. Hamamah, Dekan Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Brawijaya.


Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia