Rakaman Rancangan Borak Tengah Lapar Masuk U KLfm | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Rakaman Rancangan "Borak Tengah Lapar Masuk U" KLfm

Rakaman Rancangan "Borak Tengah Lapar Masuk U" KLfm

UPM SERDANG, 20 JANUARI 2025 - KLfm dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melaksanakan rakaman rancangan Borak Tengah Lapar Masuk U bagi Episod 1 dan 2 di Latar Si JAnswa, FBMK, UPM. Rancangan Borak Tengah Lapar Masuk U merupakan sebuah inisiatif istimewa yang menggabungkan elemen dakwah santai, humor, dan motivasi, dengan objektif untuk mendekati komuniti pelajar universiti melalui pendekatan yang interaktif dan menghiburkan. Rancangan ini dirakam secara langsung di universiti-universiti terpilih, termasuk FBMK, UPM.


Satu sesi temubual bersama DJ Aiman serta Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM juga dapat dijalankan sebelum bermula rakaman rancangan BTL. Rakaman ini menampilkan penceramah dan artis jemputan, iaitu Ustaz Fuad Mokhtar, Mamak Puteh, dan DJ Putera Azwan. Sesi ini membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan persiapan menyambut Ramadan, amalan berpuasa yang lebih bermakna, serta cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa dalam menyeimbangkan tuntutan akademik dan ibadah sepanjang bulan ramadan. Rakaman rancangan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar FBMK yang hadir untuk menyaksikan sesi secara langsung, sekaligus memeriahkan suasana rakaman.


Program ini akan disiarkan secara eksklusif sepanjang bulan Ramadan menerusi RTMKLIK dan platform media sosial KLfm.

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KLfm atas pemilihan FBMK, UPM sebagai lokasi rakaman, sekali gus memberikan peluang kepada warga fakulti untuk terlibat secara langsung dalam program yang bermanfaat ini.

 

Tarikh Input: 20/01/2025 | Kemaskini: 21/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (01:03:26pm-01:08:26pm, 28 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]