
UPM SERDANG - Pada 12 November 2024, program Wacana Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari, Sasterawan Negara Ke-15 telah berlangsung di Auditorium Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Wacana ini dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Tengah. Program ini menampilkan beberapa panel hebat, Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari, Dr. Arba’ie Sujud, Encik Zakaria Ariffin dan Dr. Rahimah Hamdan sebagai moderator wacana tersebut.
Program ini bukan sahaja menjadi medan pertukaran ilmu, malah diharapkan mampu memupuk minat mahasiswa terhadap karya sastera. Setiap sesi akan memberikan pandangan mendalam dan inspirasi kepada para peserta.


Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia