Program Wacana Interaktif Dan Bengkel Penulisan Kreatif | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program Wacana Interaktif dan Bengkel Penulisan Kreatif

Program Wacana Interaktif dan Bengkel Penulisan Kreatif

UPM SERDANG - Pada 19 Oktober 2024, Program Wacana Interaktif dan Bengkel Penulisan Kreatif telah berjaya diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Acara ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan melibatkan 44 orang peserta. Antara penceramah jemputan ialah Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani, Dr. Arba'ie Sujud, Encik Ishak Hamzah, Dr. Rosnani Md Zain, dan Prof. Madya Datin Dr. Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi.


Program ini merupakan anjuran daripada Jaringan Komuniti Sastera Kanak-kanak dan Remaja dan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan Pertubuhan Penulis Kuala Lumpur.


Program ini telah berjaya memberi inspirasi serta panduan berguna kepada para peserta dalam dunia penulisan kreatif.

Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (06:48:24am-06:53:24am, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]