
UPM SERDANG - Pada 22 Oktober 2024, Program Siri Wacana Ilmu dengan judul "Sastera Bandingan: Suatu Pengenalan" telah diadakan di Auditorium Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Acara ini berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 12 tengah hari dan melibatkan 70 orang peserta.
Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah jemputan iaitu Bapak Maulfi Syaiful Rizal dari Fakultas Ilmu Budaya, Universiti Brawijaya, Indonesia. Sesi ini dipengerusikan oleh Dr. Nur Fatiha Fadila Abu Bakar.
Program ini merupakan manifestasi kerjasama Universiti Putra Malaysia dengan Universiti Brawijaya dalam usaha menyemarakkan perbincangan sastera antara dua negara. Program ini telah berjaya memberi inspirasi serta panduan berguna kepada para peserta khususnya dalam mendekati kesusasteraan bandingan.

Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia