Program “Setitik Darah, Penyelamat Nyawa” (SEDAR) 2.0 Mendapat Sambutan Yang Memberangsangkan | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Program “Setitik Darah, Penyelamat Nyawa” (SEDAR) 2.0 mendapat sambutan yang memberangsangkan

Program “Setitik Darah, Penyelamat Nyawa” (SEDAR) 2.0 mendapat sambutan yang memberangsangkan

UPM SERDANG, 23 JANUARI 2025 – Program derma darah "Setitik Darah, Penyelamat Nyawa" (SEDAR) 2.0 telah berlangsung dengan jayanya di Foyer Blok A, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16 Januari 2025. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), ahli pengurusan FBMK, Sekretariat Kebajikan Dan Kerohanian (SEBANI) dan Majlis Perwakilan Fakulti, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FALCOMM)Sesi 2024/2025, FBMK.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang itu menerima sambutan menggalakkan daripada seluruh warga FBMK,UPM. Selain menderma darah, para peserta juga diberikan pendedahan tatacara sebelum menderma darah serta manfaat menjadi penderma darah secara berkala.

Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), turut hadir sebagai tetamu kehormat untuk menyempurnakan sesi penyampaian penghargaan kepada pihak yang terlibat iaitu kakitangan PDN atas kejayaan program ini. Program derma darah ini turut diserikan lagi dengan sesi bergambar bersama penderma dan jawatankuasa pelaksana sebagai tanda kenangan.

Program SEDAR 2.0 mencerminkan keprihatinan tinggi warga FBMK, UPM terhadap keperluan bekalan darah di hospital dan pusat rawatan di seluruh negara. Usaha ini memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

“Setitik darah yang didermakan membawa sejuta harapan buat insan lain,” kata salah seorang peserta. Program ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.

 

 

Tarikh Input: 23/01/2025 | Kemaskini: 23/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (04:59:33am-05:04:33am, 27 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]