
UPM SERDANG - Pada 17 Oktober 2024, Program Rekonstruksi Kata Nama Terbitan telah berjaya dilaksanakan di SJK(T) Ladang Kinrara. Seramai 100 orang murid tahun 6 mengambil bahagian dalam program ini, yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Vijayaletchumy, Dr. Pavitira Nagaraju, serta dua orang fasilitator.
Program ini merupakan sebahagian daripada Projek Sekolah Angkat, Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM yang bertujuan untuk memperkenalkan konsep alomorf imbuhan peN- kepada para murid melalui pendekatan interaktif menggunakan inovasi dadu gergasi. Hasil ujian pasca menunjukkan bahawa murid-murid yang terlibat berjaya menguasai konsep alomorf tersebut dengan mudah, membuktikan keberkesanan program yang dijalankan.
Program ini telah menerima maklum balas yang positif, dengan para murid menunjukkan peningkatan yang ketara dalam pemahaman mereka terhadap penggunaan imbuhan peN-.


Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia