Program Putra Cakna 2.0: “Wahana Cinta Ramadan: Eratkan Jalinan, Lebarkan Senyuman” Melabuhkan Tirainya | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program Putra Cakna 2.0: “Wahana Cinta Ramadan: Eratkan Jalinan, Lebarkan Senyuman” Melabuhkan Tirainya

Program Putra Cakna 2.0: “Wahana Cinta Ramadan: Eratkan Jalinan, Lebarkan Senyuman” Melabuhkan Tirainya

UPM SERDANG, 15 APRIL 2024 - Pada 26 Mac 2024, program Putra Cakna 2.0 yang bertemakan "Wahana Cinta Ramadan: Eratkan Jalinan, Lebarkan Senyuman" telah berjaya melabuhkan tirainya. Program yang dijalankan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah mengumpulkan sumbangan duit raya dan barang keperluan harian serta sahur untuk anak-anak yatim dan pelajar asnaf.

Sumbangan tersebut telah disumbangkan oleh Syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang), Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia), dan beberapa individu lain yang turut serta menyokong program ini.

FBMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang, termasuk warga FBMK, komuniti Taman Sri Serdang, komuniti UPM, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Putra Cakna 2.0.

Kami berharap agar kebaikan yang dilakukan ini akan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat bagi semua yang terlibat.

Tarikh Input: 15/04/2024 | Kemaskini: 15/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeRAS~