
UPM SERDANG, 28 JANUARI 2025 - Program Mobiliti Putra Experience: A True Malaysian Diversity telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Antarabangsa Putra (i-Putra), Universiti Putra Malaysia (UPM), dari 11 November 2024 hingga 24 Januari 2025. Program ini melibatkan penyertaan pelajar dan pegawai pengiring dari Zhengzhou University, China (郑州大学) dan bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM.
Sepanjang program ini, para peserta telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai program akademik di Malaysia serta berpeluang meneroka keunikan budaya tempatan, termasuk lawatan ke Melaka.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan program ini. Penghargaan khas diberikan kepada tenaga pengajar FBMK, urusetia program dari FBMK dan i-Putra.
Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dalam penganjuran program pada masa akan datang.


Tarikh Input: 28/01/2025 | Kemaskini: 28/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia