Program Mobiliti Akademik: Sinergi Ilmu Bahasa Perkukuh Jaringan Antarabangsa | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program Mobiliti Akademik: Sinergi Ilmu Bahasa Perkukuh Jaringan Antarabangsa

Program Mobiliti Akademik: Sinergi Ilmu Bahasa Perkukuh Jaringan Antarabangsa

Serdang, 28 April 2026 — Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi pelajar dan pengiring dari Universitas Indraprasta (UNINDRA) dalam Program Mobiliti Akademik: Sinergi Ilmu Bahasa yang berlangsung di Wisata Minda pada 28 April 2026.

Program dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan ketibaan delegasi, diikuti ucapan aluan oleh pihak fakulti serta ucapan balas daripada wakil delegasi UNINDRA. Majlis diteruskan dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbolik penghargaan dan pengukuhan hubungan antara kedua-dua institusi.

Para peserta kemudiannya disajikan dengan tayangan video korporat UPM dan FBMK, termasuk paparan pencapaian fakulti serta program-program akademik yang ditawarkan. Sesi ini bertujuan memberikan gambaran menyeluruh mengenai keunggulan dan hala tuju fakulti kepada delegasi yang hadir.

Seterusnya, sesi soal jawab dan interaksi diadakan bagi membuka ruang perkongsian ilmu serta pertukaran pandangan antara pelajar dan pensyarah kedua-dua institusi. Program turut diserikan dengan sesi bergambar sebelum para peserta bergerak ke muzium untuk lawatan ilmiah.

Lawatan ke muzium dan rumah Melayu memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam berkaitan warisan budaya dan bahasa. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memastikan kelancaran aktiviti, selain turut diadakan pameran kamus sebagai alternatif pengisian program.

Program berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan pengambilan pack food sebelum para delegasi bersurai. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh jaringan akademik antarabangsa serta memupuk semangat kolaborasi dalam bidang bahasa dan komunikasi.

Tarikh Input: 29/04/2026 | Kemaskini: 29/04/2026 | adibfikri

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (06:17:17pm-06:22:17pm, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]