Program Jiwa Putra @ EKSA FBMK | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program Jiwa Putra @ EKSA FBMK

Program Jiwa Putra @ EKSA FBMK

UPM SERDANG, 28 APRIL 2025 – Program Jiwa Putra @ EKSA FBMK anjuran Jawatankuasa EKSA Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di kawasan FBMK ini bertujuan memupuk semangat sayangkan universiti dalam kalangan pelajar serta memelihara kebersihan dan keharmonian persekitaran fakulti.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menceriakan landskap fakulti, menyusun atur fasiliti, membersihkan kawasan fakulti, serta melaksanakan inisiatif kelestarian hijau. Sepanjang program berlangsung, para peserta mengenakan pakaian sukan dan berkasut bagi memastikan kelancaran aktiviti yang berbentuk fizikal.

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, yang telah memberikan kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan dalam memperkasa budaya kecintaan terhadap universiti dan memelihara persekitaran kampus yang harmoni dan lestari.

Tarikh Input: 29/04/2025 | Kemaskini: 29/04/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (05:14:20pm-05:19:20pm, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]