Program Jelajah Selatan Thailand 2.0 Semarakkan Bulan Kemerdekaan FBMK | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Program Jelajah Selatan Thailand 2.0 Semarakkan Bulan Kemerdekaan FBMK

Program Jelajah Selatan Thailand 2.0 Semarakkan Bulan Kemerdekaan FBMK

WALAILAK UNIVERSITY,THAILAND, 28 JULAI 2025 - 10 OGOS 2025 - Majlis Perwakilan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FALCOMM) bersama Majlis Perwakilan Kolej 12 UPM dan Walailak University, Thailand telah melaksanakan Jelajah Selatan Thailand 2.0 secara hibrid. Ini ialah gabungan aktiviti fizikal dan dalam talian pada 28 Julai 2025 sehingga 10 Ogos 2025.

Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan ialah Majlis Perasmian Program, penanda aras organisasi antara Melayu Language Culture Club Walailak University, FALCOMM dan MPK K12, forum bersama MLCC: Menjalin Ukhuwah, Merintis Masa Depan UPM-WU Bersatu, pembersihan Pantai Tha Sung Bon, lawatan ke School of Political Science & Public Administration, Walailak University, pembersihan Tanah Perkuburan Islam Ban Klang, pengantaraan Bahasa Melayu di Maahad Islam Imaneeyah Foundation School, penanaman pokok bakau di Ban Laem, lawatan ke Pejabat Consulate General of Malaysia, Songkhla dan lawatan ke Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya, Narathiwat.

Bulan Ogos ini, para peserta turut membawa semangat Kemerdekaan Malaysia ke-68 dengan mengibarkan Jalur Gemilang di lokasi-lokasi yang strategik. Merdeka bukan sekadar sambutan – ia adalah jiwa yang dibawa ke mana sahaja kita berada.

Fakulti turut mengucapkan ribuan terima kasih (ขอบคุณครับ/ค่ะ) kepada School of Political Science & Public Administration, Walailak University, Melayu Language Culture Club Walailak University, Maahad Islam Imaneeyah Foundation School, Pejabat Consulate General of Malaysia, Songkhla, dan Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya, Narathiwat kerana telah menyantuni kami sepanjang kami berada di Selatan Thailand.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Tarikh Input: 15/08/2025 | Kemaskini: 15/08/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (01:21:01pm-01:26:01pm, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]