
UPM SERDANG - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program French Immersion pada 7 hingga 9 November 2024. Program ini melibatkan penyertaan dua buah sekolah dari Kuala Krai, Kelantan, iaitu SMK Sultan Yahya Petra 1 (SMK SYP1) dan SMK Sultan Yahya Petra 2 (SMK SYP2).
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan pelajar kepada kemahiran berkomunikasi dan berkolaborasi, melalui aktiviti kerja berkumpulan dan persembahan teater dalam bahasa Perancis di Auditorium Za’ba, FBMK. Aktiviti persembahan teater ini memberikan pelajar peluang untuk menggunakan bahasa Perancis secara kreatif, sekaligus membina keyakinan mereka dalam pengucapan awam.
Diharapkan program ini dapat memberikan impak positif dalam memperkasa kemahiran bahasa, komunikasi, dan kreativiti pelajar, serta mengeratkan hubungan antara para pelajar dan guru-guru yang terlibat.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini.


Tarikh Input: 06/01/2025 | Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia