Program French Cross-Culture Study Tour | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program French Cross-Culture Study Tour

Program French Cross-Culture Study Tour

UPM SERDANG, 19 MEI 2025 - Seramai 6 orang pelajar Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis FBMK UPM telah menyertai Program French Cross-Culture Study Tour anjuran Kelab di bawah naungan FALCOMM, Le Cercle Français UPM sesi 24/25 bertempat di Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta Indonesia.
 
Program ini telah dijalankan bermula 3 Mei hingga 9 Mei 2025 dan telah melibatkan seramai 24 orang mahasiswa Sastera dan Bahasa Perancis UGM. Inisiatif ini telah memeberikan pendedahan yang mendalam dalam struktur organisasi mahasiswa bahasa perancis, pendedahan tentang budaya frankophone dan pembelajaran rentas budaya.
 
Diharapkan agar lebih banyak aktiviti seperti ini dilakukan di masa hadapan untuk mengeratkan lagi hubungan antara universiti dan pemahaman mahasiswa bahasa perancis yang baik.
 

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (05:32:59am-05:37:59am, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]