
UPM SERDANG, 13 JANUARI 2025 – Para pelajar kursus Play Production and Performance Techniques (BBL4401) dari program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menganjurkan program "Finding Your Voice in Musical Production" yang berlangsung di Auditorium Za'ba, FBMK, pada 4 Januari 2025. Program ini menampilkan Encik Taylor Kit, sebagai penceramah utama, yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang produksi muzik teater.
Program ini diadakan sebagai persediaan bagi pementasan teater CATs?, dengan tujuan membantu para pelajar memahami teknik vokal dan elemen-elemen penting dalam penghasilan muzik teater yang berjaya. Encik Taylor Kit, memberikan bimbingan kepada para pelajar melalui sesi perkongsian interaktif yang menekankan kepentingan ekspresi vokal dan keselarasan dalam pementasan.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta tentang selok-belok produksi muzik teater tetapi juga memperkukuh persediaan mereka untuk menghasilkan pementasan yang berkualiti tinggi.


Tarikh Input: 13/01/2025 | Kemaskini: 13/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia