
UPM SERDANG, 12 MEI 2025 – Sempena Sambutan 30 Tahun Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), satu rakaman podcast khas telah diterbitkan bagi mengetengahkan penganjuran program Larian Warisan yang bakal berlangsung pada 24 Mei 2025 (Sabtu) di sekitar kampus UPM.
Program Larian Warisan ini merupakan anjuran Muzium Warisan Melayu, FBMK dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kajang. Bertemakan “Pengguna Nadi Budaya Bangsa”, acara ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan pengguna dalam memelihara identiti budaya dan warisan bangsa, selari dengan nilai-nilai Melayu yang murni.
Podcast yang dikendalikan oleh penyampai PutraFM, Nurulhanis Mohamad Zaini, turut menampilkan barisan panel:
Sepanjang perbincangan, para panel menyentuh tentang aspirasi penganjuran Larian Warisan, keterlibatan pelbagai pihak termasuk komuniti kampus dan luar, serta bagaimana warisan budaya boleh terus disemarakkan melalui program berbentuk kecergasan dan kesedaran pengguna.
Rakaman podcast ini bukan sahaja menzahirkan semangat FBMK dalam meraikan 30 tahun penubuhannya, malah menyerlahkan komitmen institusi dalam memupuk kecintaan terhadap bahasa, budaya dan identiti nasional.
Nantikan kemeriahan Larian Warisan 2025 – sebuah simbolik langkah budaya demi bangsa!





Tarikh Input: 12/05/2025 | Kemaskini: 12/05/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia