
UPM SERDANG, 7 MEI 2025 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu pertemuan strategik bersama Pusat Tuisyen Titian Ilmu (PTTI) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam mempromosikan program Bacelor Trimester FBMK.
Pertemuan ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) PTTI, En. Habibunajjar, yang menyatakan minat dan komitmen pihaknya terhadap peluang kerjasama ini. Menurut beliau, inisiatif ini akan membuka lebih banyak ruang kepada pelajar PTTI untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di FBMK, sekali gus meningkatkan akses pendidikan tinggi dalam kalangan pelajar tempatan.
Pihak FBMK pula menyambut baik hasrat ini dan optimis bahawa jalinan kerjasama ini bukan sahaja akan memperkukuh jaringan akademik, tetapi juga membantu memperkenalkan program-program pengajian FBMK kepada kelompok pelajar yang lebih luas melalui platform strategik seperti PTTI.
Kerjasama yang dirancang ini dijangka merangkumi promosi bersama, sesi taklimat, serta penyediaan sokongan akademik untuk pelajar-pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke UPM, khususnya dalam program-program Bacelor Trimester yang ditawarkan FBMK.
Inisiatif ini dilihat selari dengan usaha UPM dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara serta meningkatkan kadar penyertaan pelajar dalam program akademik berkualiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tarikh Input: 07/05/2025 | Kemaskini: 07/05/2025 | amisya

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia