Pertandingan Video Kreatif Tiktok: Inilah FBMK | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pertandingan Video Kreatif Tiktok: Inilah FBMK

Pertandingan Video Kreatif Tiktok: Inilah FBMK

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam #WeLoveUPM.
 
Suka dimaklumkan bahawa Seketrariat Kebajikan dan Hal Ehwal Siswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FALCOMM) sesi 2023/2024 akan mengadakan Pertandingan Video Kreatif Tiktok: Inilah FBMK.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam bidang lakonan dan penyuntingan video.
Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
 
📌 Tarikh: 8 Januari - 16 Januari 2024
📌 Platform: Atas talian (Tiktok)
 
Pelajar boleh menghantar penyertaan dengan memuat naik video pertandingan ke pautan _Google Form_ di bawah selewat-lewatnya pada jam 12 tengah malam 16 Januari 2024.
 
Pemenang akan diumumkan dalam Majlis Penutupan Pertandingan Video Kreatif Tiktok: Inilah FBMK pada 19 Januari 2024 yang akan diadakan di Dewan Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
 
❗Hadiah menarik menanti anda
❗Merit fakulti disediakan kepada semua peserta
 
Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Terma dan syarat
  
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
 
Sekian, terima kasih.
 
 

Tarikh Input: 16/01/2024 | Kemaskini: 08/02/2024 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXFBAAU~