
UPM SERDANG, 25 MAC 2025 - Pertandingan "Three Minute Thesis Competition (3MT)" peringkat fakulti telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mac 2025 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Pertandingan ini telah menyaksikan penyertaan seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar doktor falsafah dari FBMK sendiri.
3MT bertujuan untuk menguji keupayaan peserta dalam menyampaikan idea penyelidikan mereka secara padat, jelas dan menarik dalam tempoh tiga minit sahaja. Para peserta dinilai berdasarkan kejelasan, kandungan dan keberkesanan penyampaian mereka.
Selepas sesi pembentangan yang penuh berinformasi dan mendebarkan, tiga peserta terbaik diumumkan sebagai pemenang. Johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM300 dan RM200.
Kejayaan penganjuran 3MT ini membuktikan komitmen FBMK,UPM dalam melahirkan penyelidik yang bukan sahaja berkualiti dalam bidang akademik tetapi juga mahir dalam menyampaikan dapatan kajian mereka kepada masyarakat. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang.


Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 25/03/2025 | amisya

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia