
UPM SERDANG - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM dengan kerjasama SMBC SSC Sdn. Bhd. akan melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat "Growing Trees, Building Futures" yang melibatkan lebih kurang 150 peserta yang terdiri daripada pelajar FBMK dan SPE, staf SMBC dan UPM.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan berkesan. Antara aktiviti utama adalah penanaman pokok, yang menjadi simbol komitmen UPM terhadap agenda kelestarian alam sekitar.
Selain itu, sesi perkongsian khas mengenai pengurusan kewangan akan disampaikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memberi panduan kepada peserta mengenai asas pengurusan kewangan yang bijak.
Tarikh Input: 06/01/2025 |
Kemaskini: 06/01/2025 | amira.rahim
PERKONGSIAN MEDIA