
UPM SERDANG, 29 MEI 2024 - Taklimat persediaan latihan industri bagi pelajar Semester Pertama 2024/2025 di Auditorium Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah berlangsung pada 24 Mei 2024. Taklimat ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar) dengan tujuan memberikan pencerahan dan panduan kepada para pelajar yang bakal menjalani latihan industri.
Sesi taklimat ini disampaikan oleh tiga orang panel, termasuk seorang panel jemputan dan dua pensyarah kanan dari Jabatan Komunikasi. Panel jemputan ialah Puan Zarina Md Ismail, Ketua Pemasaran, Komunikasi, dan Pengurus Rakan Kongsi dari syarikat TM Global. Puan Zarina berkongsi pengalaman dan pandangan beliau mengenai industri serta memberikan nasihat praktikal kepada pelajar untuk mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan. Turut menjadi panel pada ialah Dr. Sharifah Sofiah Syed Zainudin, Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, yang memberikan pencerahan mengenai aspek komunikasi yang efektif dalam persekitaran kerja serta pentingnya kemahiran interpersonal. Dr. Mohamad Noor Salehhuddin Sharipudin, juga Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, menekankan aspek akademik dan bagaimana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari dalam situasi praktikal.
Terima kasih diucapkan kepada panel-panel yang telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman, serta kepada pelajar yang hadir dalam sesi taklimat ini. Diharapkan agar taklimat ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar FBMK yang akan menjalani latihan industri. Semoga persediaan ini membantu pelajar untuk menghadapi latihan industri dengan lebih yakin dan bersedia, seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.


Tarikh Input: 29/05/2024 | Kemaskini: 29/05/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia