Perbincangan antara Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, bersama Muzium Tentera Darat telah berlangsung pada pagi tadi. Tujuan perbincangan ini adalah untuk menubuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam bidang penyelidikan yang relevan, pengajaran dan pembelajaran, serta penyelenggaraan program bersama.
Kolonel Abu Bakar Kamarozaman, selaku Pengarah Muzium Tentera Darat, serta Lt. Kolonel Mohd Yazid Nordin (Timbalan Pengarah), Mej. Johizan Halid (Kurator Arkib) dan Mej. Azhar Ismail (Kurator Teknikal) telah menyambut mesra delegasi dari FBMK yang dipimpin oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan FBMK. Turut menyertai perbincangan adalah Dato’ Dr. Abdul Mua’ti Zamri @ Ahmad (Penasihat Muzium Warisan Melayu), Dr. Arba’ie Sujud (Penasihat Muzium Warisan Melayu), dan Cik Alia Amira Abd Rahim (Pegawai Eksekutif - Korporat dan Visibiliti).
Selain daripada perbincangan, pihak fakulti juga diberi peluang untuk melawat kemudahan dan pameran yang disediakan di Muzium Tentera Darat.
Tarikh Input: 24/07/2024 |
Kemaskini: 24/07/2024 | norhidayatul
PERKONGSIAN MEDIA