Penutupan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System QMS) 2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Penutupan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System QMS) 2024

Penutupan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System QMS) 2024

UPM SERDANG, 27 MEI 2024 - Sesi penutupan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System QMS) 2024 telah berlangsung dengan lancar pada 21 Mei 2024 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Acara ini menandakan berakhirnya proses pengauditan dalaman yang dijalankan selama dua hari.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga FBMK atas komitmen dan usaha gigih yang ditunjukkan sepanjang proses pengauditan ini. Kejayaan dalam menjalani audit dalaman QMS 2024 ini membuktikan dedikasi fakulti dalam memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pengurusan dan perkhidmatan di FBMK pada masa akan datang.

Tarikh Input: 27/05/2024 | Kemaskini: 27/05/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (08:41:06am-08:46:06am, 29 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]