Penilaian Peringkat Pertama EKSA FBMK 2025 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Penilaian Peringkat Pertama EKSA FBMK 2025

Penilaian Peringkat Pertama EKSA FBMK 2025

UPM SERDANG, 19 Mei 2025 - Penilaian Peringkat Pertama EKSA Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 9 Mei 2025. Penilaian ini telah dikendalikan oleh dua orang juruaudit jemputan dari MyAgeing, UPM iaitu Puan Askina Aziz (Penolong Pendaftar) dan Puan Nurul Asyikin Mohd Taib (Penolong Pegawai Tadbir).


Sepanjang sesi penilaian, para juruaudit telah meninjau dan menilai persekitaran kerja di seluruh kawasan fakulti, meliputi pejabat pentadbiran, bilik pensyarah, bilik mesyuarat, bilik kuliah, ruang legar, serta kawasan-kawasan sokongan yang lain. Aspek pemfailan turut diberi perhatian, termasuk sistem pengurusan fail yang teratur, pematuhan kepada pelabelan standard serta penyimpanan dokumen secara sistematik dan kemas.


Penilaian telah dibuat berdasarkan pematuhan kepada prinsip dan amalan EKSA yang merangkumi elemen seperti kebersihan, penyusunan, pelabelan, keselamatan, persekitaran kondusif dan pengurusan dokumen.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua warga FBMK atas komitmen, kerjasama dan usaha berterusan dalam memastikan amalan EKSA sentiasa diperkukuh dan dilestarikan di FBMK.

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (09:24:42pm-09:29:42pm, 21 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]