
UPM SERDANG, 24 APRIL 2025 - Susulan pelaksanaan berterusan amalan EKSA di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia, Penilaian Dalaman Kendiri EKSA telah diadakan pada Selasa, 22 April 2025, bertempat di FBMK, UPM. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang melibatkan penilaian menyeluruh terhadap pelaksanaan elemen-elemen EKSA di seluruh sudut fakulti.
Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pematuhan kepada garis panduan EKSA serta mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan sebelum penilaian rasmi dijalankan. Aktiviti ini juga sejajar dengan usaha berterusan fakulti dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan selamat buat semua warga FBMK.
Sehubungan itu, seluruh warga fakulti diseru agar terus komited dalam memperkukuh pelaksanaan EKSA dan memastikan setiap ruang dikekalkan dalam keadaan teratur, bersih dan mesra pelanggan, selaras dengan matlamat untuk menjadikan FBMK sebagai persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang cemerlang.


Tarikh Input: 24/04/2025 | Kemaskini: 24/04/2025 | amisya

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia