
UPM SERDANG - Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Abd Rauf Hassan, Ketua Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1446 Hijrah peringkat negeri Selangor.
Penganugerahan ini diberikan atas sumbangan beliau dalam perkembangan agama Islam, khususnya dalam usaha beliau menyusun pelbagai mushaf al-Quran dengan panduan waqaf dan ibtida' yang memudahkan pemahaman bacaan.
Kami, Ahli Pengurusan dan Warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada umat Islam dan pelajar-pelajar dalam meneruskan usaha penyebaran ilmu.
Tarikh Input: 03/12/2024 | Kemaskini: 03/12/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia