UPM SERDANG, 19 MEI 2025 - Tahniah diucapkan kepada Nor Farah Mazlan, pesilat kebangsaan Malaysia dan pelajar Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, atas pencalonan beliau dalam kategori Anugerah Olahragawati Negara 2024.
Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 yang berlangsung di Dorsett Grand Subang, Selangor pada 13 Mei 2025 lalu menjadi penghargaan atas dedikasi dan prestasi cemerlang beliau dalam sukan serta akademik.
Kami warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi amat berbangga dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Nor Farah Mazlan dalam segala usaha dan cita-cita beliau.
Ikhlas daripada,
Ahli Pengurusan dan Warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Tarikh Input: 19/05/2025 |
Kemaskini: 19/05/2025 | amisya
PERKONGSIAN MEDIA