
UPM SERDANG, 24 JANUARI 2025 – Para pelajar kursus Play Production and Performance Techniques (BBL4401) daripada program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya menganjurkan pementasan teater muzikal "CATS?" di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia pada 17 dan 18 Januari 2025. Pementasan ini merupakan sebahagian daripada tugasan akhir bagi kursus BBL4401 yang melibatkan para pelajar kursus tersebut.
Pementasan yang bermula pada pukul 8.00 malam ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UPM serta orang awam. Selain itu, kerjasama yang amat berharga daripada Hedley Café, Biscochiz, PKS Maju, dan One Putra Shop turut memberikan sokongan yang sangat bermakna.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan tenaga pengajar yang telah berusaha keras dalam menjayakan pementasan ini. Pementasan "CATS?" menyerlahkan kreativiti dan dedikasi tinggi para pelajar dalam menghasilkan karya teater yang berkualiti. Usaha ini berperanan penting dalam memperkasakan kemahiran seni persembahan dalam kalangan pelajar.

Tarikh Input: 24/01/2025 | Kemaskini: 24/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia