Pelantikan Sebagai Ketua Jabatan | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pelantikan sebagai Ketua Jabatan

Pelantikan sebagai Ketua Jabatan

UPM SERDANG, 2 APRIL 2024 - Dengan sukacitanya, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan semula dan pelantikan baharu sebagai Ketua Jabatan bagi tempoh tiga (3) tahun bermula dari 1 Mac 2024 hingga 28 Februari 2027.

1. Prof. Madya Dr. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi ditetapkan sebagai Ketua Jabatan Bahasa Melayu.
2. Prof. Madya Dr. Arbaayah Ali Termizi dipilih sebagai Ketua Jabatan Bahasa Inggeris.
3. Prof. Madya Dr. Abd Rauf Hassan diberi mandat sebagai Ketua Jabatan Bahasa Asing.

Tahniah juga diberikan kepada Dr. Julia Wirza Mohd Zawawi, atas pelantikan baharu beliau sebagai Ketua Jabatan Komunikasi dalam FBMK.

Kepercayaan kepada kepimpinan baru ini merupakan pengiktirafan kepada kebolehan mereka dalam memimpin dan memajukan bidang yang mereka anjur. FBMK berharap agar setiap Ketua Jabatan baru dapat membawa Fakulti ke arah pencapaian yang lebih gemilang dalam tempoh tempoh pentadbiran mereka.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam pelantikan ini. Semoga FBMK terus berkembang maju di bawah kepimpinan yang baru dan sedia ada.

Ikhlas daripada,Warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeXAm~