Pelancaran Buku Bertajuk ‘Tests & Us III’ | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pelancaran buku bertajuk ‘Tests & Us III’

Pelancaran buku bertajuk ‘Tests & Us III’

UPM SERDANG, 25 JUN 2024 - Pelancaran buku bertajuk ‘Tests & Us III’ telah diadakan di Auditorium Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), pada 14 Jun 2024.

Acara ini dirasmikan oleh Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, dan dihadiri oleh Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Zalina Mohd Kasim, serta penyanyi dan penulis lagu Yudi Yap dari Modern Nanyang. Turut hadir ke pelancaran ini adalah editor buku Prof. Madya Dr. Vahid Nimehchisalem Hossein dan Dr. Hui Geng serta para pelajar siswazah.

Penerbitan buku ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan sumbangan daripada penulis-penulis di seluruh dunia dan artikel-artikel yang diterbitkan di pelbagai platform. Pengiktirafan antarabangsa ini adalah hasil dorongan daripada fakulti dan sokongan berterusan daripada para penulis yang berdedikasi.

Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 25/06/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (09:10:58am-09:15:58am, 11 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]