Pameran Hotspot Kewangan @ UPM | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pameran Hotspot Kewangan @ UPM

Pameran Hotspot Kewangan @ UPM

UPM SERDANG - Pada 3 Disember 2024, pameran Hotspot Kewangan ini telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah dan barisan Jawatankuasa Pengurusan Univeriti. Kehadiran mereka pastinya mengangkat kepentingan pameran ini sebagai suatu platform untuk memperkukuh dan mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan, serta hubungan antara institusi, masyarakat, dan bidang pendidikan.


Pameran Hotspot Kewangan yang diadakan di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini adalah bersempena Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-48. Pameran ini dianjurkan hasil kerjasama erat antara Muzium Warisan Melayu, FBMK, UPM bersama Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Pameran berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang telah memberikan peluang kepada para ibu bapa, ahli keluarga graduan, dan pengunjung umum untuk menyelami pelbagai maklumat berkenaan pengurusan kewangan dan warisan budaya ekonomi.


Selain pameran, pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menonton siaran langsung Majlis Konvokesyen UPM menerusi layar besar yang disediakan di Panggung Percubaan. Ini memberikan peluang kepada keluarga graduan untuk meraikan detik bersejarah para graduan dalam suasana yang meriah dan penuh penghormatan.

May be an image of 8 people, crowd and text

Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
F, (07:22:52pm-07:27:52pm, 31 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]