
UPM SERDANG - Sebagai sebahagian daripada inisiatif Palestine Solidarity Month, ÆTLAS Club telah menganjurkan Palestine Literature Day dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara budaya dan sastera Palestin di peringkat global. Program ini menampilkan perkongsian karya-karya sastera Palestin yang kaya dengan elemen sosiobudaya dan sejarah negara tersebut.
Acara ini mendapat sambutan hangat daripada ahli kelab, pelajar UPM, dan pengunjung lain yang hadir secara maya melalui platform dalam talian, Zoom. Turut memeriahkan acara ialah kehadiran Prof. Madya Dr. Noritah Omar Penasihat Kelab, Prof. Madya Dr. Arbaayah Ali Termizi, Ketua Jabatan Bahasa Inggeris dan Dr. Fazilah Husin, pensyarah FBMK.
Program ini telah berjaya membuka ruang kepada peserta untuk mendalami keindahan dan keunikan sastera Palestin. Kami berharap acara ini akan terus mengukuhkan solidariti terhadap Palestin dan memupuk minat terhadap budaya Palestin dalam kalangan masyarakat.


Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia