PACA 2016 iktiraf suara Asia dalam penyelidikan komunikasi
Majlis Perasmian PACA 2016. Dari kiri: YBhg. Prof. Dr. Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad (Dekan FBMK), YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM),
YAB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Dr. Seon-GiBaek (Presiden PACA) dan Dr. Hamisah Hasan (Pengerusi PACA 2016)
Serdang, 21 Julai 2016 – Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menganjurkan Konvensyen Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia kali ke-11 dengan tema yang diketengahkan bertajuk Paradigma Masa Depan Asia : Budaya, Komunikasi dan Integriti. Persidangan ini diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , Universiti Putra Malaysia, Serdang, bermula pada 21 Julai – 24 Julai, 2016, dan dihadiri oleh Yang Berbahagia Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai tetamu kehormat yang juga merasmikan acara pembukaan pada hari pertama konvensyen tersebut. Turut hadir sebagai tetamu kehormat adalah Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.
Tujuan utama persidangan ini adalah bagi mewujudkan sebuah platform untuk para akademik dan pengamal berkongsi trend dan isu-isu semasa dalam komunikasi. Khususnya, kajian komunikasi sekitar rantau Asia kurang diberi pengiktirafan yang betul. Sering kali, pandangan dari rantau ini kurang didengari dalam komuniti penyelidikan global. Perhatian dan pengiktirafan daripada sarjana, pengamal dan aktivis Asia dan Pasifik amatlah diperlukan memandangkan perubahan pesat sosio-politik dan ekonomi dan perkembangan dalam bahagian ini di dunia.
PACA ditubuhkan pada 1 Mac, 1995 bagi menyediakan program-program bahagian khusus yang tidak diutarakan oleh Persatuan Komunikasi Dunia (WCA) dan untuk menggalakkan kajian komunikasi antara budaya berteraskan Asia. Persidangan ini mempamerkan pembentang tempatan dan antarabangsa yang membincangkan pelbagai topik dari komunikasi transnasional dan silang budaya, belia dan identiti, komunikasi politik, penjenamaan dan perhubungan awam.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia