Mini Karnival Hotspot Kewangan @ UPM Melabuhkan Tirai | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» BERITA » Mini Karnival Hotspot Kewangan @ UPM Melabuhkan Tirai

Mini Karnival Hotspot Kewangan @ UPM Melabuhkan Tirai

UPM SERDANG - Setelah enam hari berlangsung dengan jayanya, Mini Karnival Hotspot Kewangan anjuran Muzium Warisan Melayu, FBMK, UPM dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM) sempena Minggu Konvokesyen UPM Kali Ke-48 akhirnya melabuhkan tirainya. Program yang berlangsung di Panggung Percubaan ini telah memberikan pendedahan dan pendidikan kewangan kepada pelajar, graduan, dan masyarakat umum menerusi pelbagai aktiviti interaktif, pameran menarik, serta sesi bual bicara yang sarat dengan maklumat berguna.


Kami di Muzium Warisan Melayu dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini, khususnya kepada pegawai-pegawai dari BNMMAG atas dedikasi mereka yang tidak pernah putus sepanjang program berlangsung.


Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung yang menyokong karnival ini dengan kehadiran anda. Kami berharap program ini telah membuka ruang untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang pengurusan kewangan serta memberikan manfaat kepada semua pihak.


Semoga kerjasama erat antara Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia terus berkembang, membuahkan lagi inisiatif-inisiatif berimpak tinggi pada masa hadapan. Tahniah kepada semua pihak atas kejayaan ini!

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 11 people, dais and text

Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (06:31:57am-06:36:57am, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]