
28 FEBRUARI 2025, UPM SERDANG - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Sosial (KeKS) telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ahli. Sepanjang sesi, pelbagai agenda penting telah dibincangkan, termasuk pembentangan laporan tahunan, perancangan aktiviti kelab, serta pemilihan jawatankuasa baharu bagi sesi seterusnya, sekali gus memastikan kelab terus berkembang dan berdaya maju.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai acara menarik, termasuk pemberian hadiah eksklusif kepada semua yang hadir, cabutan bertuah dengan hadiah lumayan, serta hidangan istimewa yang merangkumi makanan barat, manisan, dan aneka kuih-muih, menambah kemeriahan suasana.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini. Semoga komitmen dan sokongan yang diberikan dapat terus memperkukuh keutuhan Kelab Kebajikan dan Sosial (KeKS) serta mempererat hubungan dalam kalangan ahli pada masa hadapan.


Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 28/02/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia